SINAR PLUS 20 FEBRUARI 2022

Iklan
cover splus

SIAPA sangka, daripada seorang kerani, Juliana Ramle kini bergelar sebagai antara pengacara popular di Malaysia.

Kepetahannya berbicara dalam rancangan Go Shop, membuatkan kami mengajaknya untuk mengacara program in house kami, Borak Bibir Merah dan DNA.

Iklan
Iklan

Diri beliau yang mudah mesra membuatkan ramai sangat selesa bekerja dengannya.

Di sebalik keceriaan empunya diri, terselit satu kisah duka yang masih berbekas dalam lubuk jiwa anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Iklan

Apakah yang dimaksudkannya? Apa yang dititik beratkan oleh Juliana selepas merentas pengalaman tersebut?

Banyak lagi yang dikongsikan bekas pembaca berita itu dengan SinarPlus.

Iklan

Dapatkan segala isi cerita wanita jelita tersebut dalam akhbar Sinar Ahad menerusi sisipan SinarPlus.

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Varian Omicron Tak Boleh Dipandang Ringan, Anak Gagap Boleh Diatasi dan Kongsi Aib Pasangan Di Laman Sosial Semakin Menjadi-Jadi.