Bukan sahaja manusia, kucing pun boleh stres. Ini tanda-tanda jelas si bulus mula tertekan

Iklan
Untitled design - 2022-02-21T114324.343

MANUSIA memang tidak lari daripada tekanan. Hidup kaya-raya pun boleh tertekan, apatah kalau hidup serba kekurangan.

Pun demikian, dalam dunia ini, bukan hanya manusia sahaja boleh berdepan dengan emosi itu, tetapi kucing pun sama!

Iklan
Iklan

Kalau kita stres, ia sama sekali tidak bagus untuk perkembangan mental dan fizikal.

Hal yang sama turut berlaku ke atas si bulus yang menjadi kesayangan ramai.

Iklan

Dalam satu artikel yang dikongsi oleh Halodoc.com, portal terkenal itu memberi panduan kepada penjaga kucing unruk mengetau tanda-tanda kucing mengalami tekanan.

Secara asasnya, ia dibahagikan kepada dua keadaan iaitu:

Iklan

i) STRES AKUT

ii) STRES KRONIK

Baca juga Keliru identiti, Aboi si lembu jinak, bermanja dengan tuannya persis seekor kucing

Berikut huraian mengenai perilaku dan keadaan si bulus jika mengalami stres akut:

- Kucing tidak mahu bergerak.

- Badan menggeletar dan membongkok seperti merangkak.

- Nafas laju.

- Kaki dibengkokkan.

- Ekor dekat dengan badan.

- Kepala lagi rendah daripada kedudukan badan.

- Matanya terbuka luas dan anak mata membesar.

- Telinga rata dengan kedudukan kepala.

- Merengus, mendesis sehingga menitiskan air liur.

- Sering kali buang air besar atau kecil secara tidak sengaja.

- Bersifat agresif apabila dipegang.

Stres kronik pula meliputi beberapa karakter iaitu:

- Kurang makan atau makan secara berlebihan.

- Lebih suka berehat atau bersenbunyi.

- Menjadi antisosial.

- Agresif terhadap kucing dan manusia.

- Lebih berwaspada dan terkejut, walaupun ketika mendengar bunyi perlahan.

- Kurang bersemangat ketika bermain.

- Perubahan tingkah laku umum seperti suka duduk di dalam rumah atau sangkar.

- Kencing dan buang air besar merata-rata.

- Kerap menjilat bulu dan wajahnya secara berlebihan.

Baca juga Kucing jiran berak merata-rata? Pemiliknya boleh didenda sehingga RM1,000

Dalam pada itu, The Mamamiaow menambah, faktor persekitaran, sakit, kegatalan badan yang berlebihan, salah makan, pertukaran makanan, musim mengawan dan merasa terancam juga boleh menyebabkan kucing kita boleh mengalami tekanan.

"Kucing juga merupakan haiwan yang tidak suka akan perubahan seperti penukaran makanan, susun atur perabot di rumah dan sebagainya,” jelas portal yang sarat dengan informasi tentang kucing itu.

LANGKAH ATASI

Okey, bila kita sudah tahu simptom-simptom si bulus stres, jadi apa langkah penyelesaian untuk mengatasi masalah itu.

Jelas The Mamamiaow, terdapat beberapa pendekatan yang disarankan. Antaranya seperti:

i. Dapatkan si bulus pasangan jika sudah tiba musim mengawan.

ii. Jika ingin menukar makanan, tukar secara berperingkat.

iii. Jika kucing tidak sihat, bawa ke klinik veterinar.

iv. Sentiasa meluangkan masa dengan kucing.

Ya, tidak dapat dinafikan lagi memelihara kucing sememangnya pengalaman yang menyeronokkan, namun pada masa sama, kita haruslah peka terhadap apa jua perubahan 'mereka'.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Si bulus juga seperti kita yang mempunyai pasang surut dalam soal kesihatan.

Pantau sentiasa dan berikan rawatan terbaik kepada 'mereka'.