Ingin ke luar negara, semak dahulu status sekatan perjalanan

Iklan
LHDN

PEMBAYAR cukai disarankan membuat semakan status sekatan perjalanan terlebih dahulu sebelum merancang ke luar negara bagi sebarang tujuan.

Ambil maklum bahawa individu dan pengarah syarikat yang tidak menjelaskan cukai boleh dikenakan tindakan sekatan perjalanan ke luar negara.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Sekatan perjalanan ke luar negara adalah tindakan yang dikenakan oleh HASiL kepada individu dan pengarah syarikat yang tidak menjelaskan Cukai Pendapatan, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Cukai Syarikat.

Pemakluman tindakan tersebut akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemaskini oleh pembayar cukai kepada HASiL melalui data percukaian terkini yang direkodkan.

Iklan

Pembayar cukai boleh menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan melalui portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/.

Semakan sekatan perjalanan juga boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Justeru, selesaikan urusan pembayaran cukai korang segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Semoga bermanfaat!