BEBERAPA orang pekerja berdepan detik cemas apabila kren gondola yang dinaiki dilihat terhuyun-hayang dibadai angin dalam satu kejadian di sebuah menara di Jalan Kemuning di ibu negara.
Video kejadian yang berlaku pada jam 3.56 petang itu menjadi tular di laman sosial TikTok dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga maya.
Warganet meluahkan rasa cemas melihat kejadian terbabit dan dalam masa yang sama mendoakan keselamatan pekerja-pekerja berkenaan.
-"Seperti roller coaster. Takutnya”
-"Tidak periksa anginkah?”
-"Masya-ALLAH bahayanya, boleh jatuh."
-" Syukur tali tidak putus.”
-"Sepatutnya apabila cuaca tidak baik, kerja perlu dihentikan segera.”
-"Aku pula yang berpeluh tengok video, moga selamat semuanya.”
-”Allahuakbar, demi sesuap nasi, nyawa jadi taruhan.”
-”Kita yang lihat kecut perut, apatah lagi orang di dalamnya.”
-Ya ALLAH, moga selamat.”
Gondola tersebut kelihatan terhuyung-hayang ditolak angin seterusnya menghempas cermin dan besi bangunan.
Dalam masa yang sama, ia menghentam dinding bangunan sebelum tersangkut pada bahagian tepi bangunan setinggi 48 tingkat itu.
Peluang tersebut diambil pekerja pembersihan terbabit memanjat bahagian bumbung untuk menyelamatkan diri.
Baca juga: Awas! 8 negeri ini berpotensi dilanda puting beliung, berikut 6 fakta anda perlu tahu
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Video: TikTok Pat Cash