Hanya perlu gambar dan nama, Ustaz menyamar ‘call’ dukun bongkar servis sihir pemisah

Iklan
Gambar hiasan (1)

DENGAN hanya mengenakan caj sebanyak RM600, perkhidmatan sihir pemisah rupanya boleh diperolehi dengan mudah secara dalam talian.

Sihir pemisah atau turut dikenali sebagai sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu bentuk perbuatan syirik yang dibuat untuk memisahkan pasangan suami isteri mahupun ahli keluarga sehingga wujud rasa benci dan permusuhan di antara mereka.

Iklan
Iklan

Walaupun ia terang-terangan berdosa, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sanggup melakukannya demi kepentingan diri.

Iklan

Baca juga: "Saya dapat rasakan dia ‘hidup’… Wanita dirasuk jin menumpang 'teddy bear' kesayangan

Baru-baru ini, tular video yang memaparkan seorang perawat menyamar menjadi pelanggan bagi mendapatkan servis berkenaan.

Iklan

Menerusi panggilan telefon, dia memberitahu kononnya mahu menundukkan isteri kedua dan tidak menyenangi isteri pertama.

[caption id="attachment_73957" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

Malah lebih menakutkan, dukun yang dipercayai dari negara seberang itu memberitahu kesan sihir pemisah tidak akan sembuh.

Lebih mengejutkan, ramai pelanggan dari Malaysia menggunakan khidmat dukun itu.

Menerusi ruangan komen, warga maya meluahkan rasa bimbang dan saling mengingatkan antara satu sama lain bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

-"Dengar tu, jika hendak sihir hanya perlu gambar muka dan nama sahaja!”

-"Sebenarnya pesanan orang tua dahulu ada baik betulnya. Kalau berkongsi gambar, mata jangan pandang kamera. Lebih baik kalau gambar dari sisi. Nama emak juga rahsiakan.”

-"Allahuakhbar…seram mendengarnya.”

Pendedahan ini amat menakutkan. Diharapkan kita semua menjauhi amalan syirik ini dan terhindar daripada menjadi mangsanya.

Baca juga: Pernah keluar jarum berkarat dan miang buluh, Ustaz Kazim kongsi 9 langkah perlu buat apabila disihir

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: Pusat Rawatan Al-Idrus