SELALU kita mendengar rentetan kisah aneh dan misteri mengenai makhluk halus dan mistik yang kadang kala tidak dicapai dek akal.
Hakikatnya, perkara ghaib seperti rumah berhantu, santau dan sihir sememangnya agak sukar untuk dibuktikan kerana setiap orang yang mengalaminya berhadapan dengan misteri yang berbeza-beza.
Seperti satu kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang ibu sempat merakam detik seram ketika anaknya sedang makan.
Menerusi perkongsian video di TikTok @nisdorly90, kelihatan seorang budak lelaki yang dipercayai anaknya sedang makan bersebelahan dengan gelongsor mainan di rumahnya.
Lagi menakutkan dia juga menadah tangannya sewaktu menyuapkan makanan tersebut agar tidak makanan itu tidak tumpah ke lantai.
Baca juga [VIDEO] Terhayun seperti buaian, detik cemas kren gondola dipukul ribut buat warganet kecut perut
Difahamkan, sudah beberapa kali anaknya itu membuat suapan, namun kali ini baru sempat dirakam.
Menerusi video yang lain pula, adik kepada budak lelaki tersebut juga dapat melihat sosok tersebut dan mereka menyifatkan ia seorang budak perempuan yang memakai baju berwarna putih. 'Benda' itu juga mengikut budak lelaki tersebut dari taman pulang ke rumah.
Video tersebut mencuri perhatian ramai. Rata-rata warga maya akui berasa seram melihat aksi anaknya menyuapkan makanan kepada 'kawan'nya itu.
Sumber : TikTok @nisdorly90