SETIAP kali mendengar nama Bukit Kepong, ramai yang akan mengimbas kembali perjuangan wira-wira negara menentang komunis.
Lantas, kita juga akan terbayangkan kisah patriotik yang menyayat hati, pengorbanan anggota polis mempertahankan maruah negara hingga titisan darah yang terakhir mereka.
Peristiwa berdarah itu masih segar dalam lipatan sejarah walaupun sudah 72 tahun berlalu. Sesungguhnya kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil pengorbanan jiwa dan raga wira-wira negara yang terdahulu.
[caption id="attachment_74036" width="800"] Jins Shamsudin melakonkan watak Sarjan Jamil Mohd Shah, Ketua Balai Bukit Kepong.[/caption]
TERPENCIL
Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor. Di sama terdapat lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina.
Kampung ini terletak berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak sekitar tiga hingga enam kilometer melalui jalan darat.
Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang dua jam.
Kedudukannya yang terpencil menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar.
Penduduk kampung ini berani dan berdikari. Mereka berjaya menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden serangan komunis bermula 18 bulan terdahulu apabila tiga orang Melayu bertembung dengan tiga orang pengganas komunis yang bersenjata.
Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas, mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga melarikan diri.
Dalam pertempuran lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan `Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.
DISERANG JAM 5.00 PAGI
Pasukan Polis Bantuan itu bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong.
Tiga orang daripada mereka sedang bertugas seperti biasa semasa Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan pengganas komunis (185 orang) lebih kurang jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950.
Tembak-menembak berlaku dengan sengitnya, dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh mereka.
Pertempuran berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara di berek kelamin pula anggota-anggota polis yang tidak bertugas terus bertempur sehingga seorang demi seorang gugur.
Baca juga: "Terbaik abang polis" - polis trafik kendong warga emas pengsan tepi jalan, warganet tersentuh
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
ISTERI TURUT MENGANGKAT SENJATA
Dua orang isteri anggota marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Memandangkan kekuatan pertahanan balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor. Mereka menangkap salah seorang isteri anggota polis dan mengacukan pistol kepadanya serta memaksanya menyuruh anggota-anggota yang bertahan di balai polis supaya menyerah diri.
Seorang lagi isteri anggota polis dan anak perempuannya dipaksa keluar dan menyerah diri tetapi mereka enggan dan sanggup mati. Akhirnya kedua mereka dibunuh.
Pengganas komunis membakar berek kelamin termasuk dua orang wanita dan kanak-kanak hangus dalam peringkat akhir pentempuran yang memakan masa empat jam itu.
HANYA TIGA TERSELAMAT
Hanya tiga anggota polis termasuk seorang pengawal kampung yang masih hidup.
Mereka terpaksa berlari keluar kerana mereka tidak dapat menahan kepanasan susulan kebakaran. Dalam melarikan diri, mereka merempuh kedudukan pengganas menyebabkan tiga orang komunis terbunuh. Hanya seorang sahaja berjaya menyeberangi sungai dengan rifal masih di tangannya.
19 TERKORBAN
Semua 21 orang anggota polis dan polis bantuan telah menghidupkan tradisi cemerlang pasukan polis. Keperwiraan mereka menjadi contoh dan inspirasi kepada anggota lain pada masa hadapan. Dalam mempertahankan balai polis, 19 orang anggota telah terkorban.
Lebih kurang setengah kilometer daripada Bukit Kepong mereka diserang oleh sekumpulan pengganas komunis dan terjadilah pertempuran di situ.
AKHIRNYA KOMUNIS BERUNDUR
Mereka berjaya menentang kumpulan pengganas komunis tersebut. Pertempuran sengit seterusnya berlaku apabila kumpulan pengganas komunis yang berundur mendapat bantuan dari rakan-rakan mereka.
Perlawanan yang tidak setanding di antara pengganas yang menggunakan senjata automatik dengan pengawal kampung yang bersenjatakan raifal, senapang patah dan parang menyebabkan beberapa orang pengawal kampung terkorban dan tercedera.
Keadaan ini memaksa Penghulu Ali mengerahkan anak buah yang cedera berundur, sementara yang lainnya bertahan di sekitar pekan Bukit Kepong.
Semasa pengawal kampung bertempur untuk membebaskan balai polis, sekumpulan pengawal kampung dari kampung Durian Chondong menggunakan sampan menuju ke Bukit Kepong untuk memberi bantuan.
SERANG HENDAP
Dalam perjalanan mereka bertujuh telah diserang hendap oleh pengganas komunis dan tidak mampu melawan. Separuh daripada anggota kumpulan ini bergerak menuju ke Lenga. Mereka sampai di sana pada jam 10.00 pagi dan di sinilah berita pertama diterima mengenai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.
Apabila pengawal kampung berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, mereka hanya dapat melihat kesan kemusnahan dan jasad-jasad yang terbujur kaku.
Buat sementara waktu penghulu mengambil alih pentadbiran sehingga pasukan polis daripada Muar tiba dan mendirikan balai polis baru. Mereka juga mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong.
Tindakan segera itu mendapat bantuan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu.
Menteri Besar Johor Dato' Onn bin Jaafar diiringi penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba keesokan harinya. Beliau mengumumkan kerajaan akan mendirikan sebuah balai yang moden.
[caption id="attachment_74037" width="800"] Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar ini dibina di tapak asal Balai Polis Bukit Kepong.[/caption]
MUSUH 10 KALI GANDA KEKUATAN
Pasukan yang kecil bilangannya terpaksa berhadapan dengan musuh 10 kali ganda kekuatan mereka bersemangat dan cekal mempertahankan maruah dari tipu daya pengganas komunis supaya menyerah diri
Pihak pengganas komunis juga mengalami kecederaan yang banyak. Ia adalah kemenangan bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada negara dan bangsa.
Anggota-anggota polis boleh sahaja menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga dengan menyerah diri tetapi mereka sedar perjuangan adalah perkara yang lebih penting daripada nyawa.
Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari dijajah oleh pengganas lomunis. Semoga ALLAH akan mencucuri rahmat-NYA ke atas roh-roh mereka.
Baca juga: Lepasan SPM boleh rebut peluang belajar bidang kepolisan, mohon sekarang!