Bermula 1 Mac, ini SOP terkini kontak rapat Covid-19

Iklan
Konsep kuarantin di rumah, ini yang anda perlu tahu

JIKA sebelum ini kerajaan mengumumkan pemansuhan prosedur pengasingan bagi kontak rapat dalam sektor perkhidmatan kesihatan, kini ia turut dilaksanakan untuk orang ramai.

Iklan
Iklan

Kontak rapat kepada kes Covid-19 yang tidak bergejala dan dalam kumpulan berumur 18 tahun dan ke atas serta telah menerima dos penggalak, kontak rapat yang tidak bergejala tidak perlu menjalani Perintah Pemantauan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Protokol berkenaan berkuat kuasa pada 1 Mac 2022 ini.

Iklan

Berikut senarai prosedur operasi standard (SOP) kontak rapat terkini;

Iklan

A. Tidak bergejala dan telah menerima dos penggalak;

1. Tidak perlu jalani HSO.

2. Lakukan ujian RTK pada hari pertama dan ketiga daripada tarikh akhir terdedah kepada kes positif.

3. Laporkan keputusan positif menerusi MySejahtera.

B. Bergejala dan telah terima dos penggalak serta bergejala/tidak bergejala dan lengkap vaksinasi;

1. Perlu jalani HSO selama lima hari.

2. Lakukan ujian RTK-Antigen (profesional/kendiri) pada hari kelima.

  • Dilepaskan daripada HSO jika keputusan negatif.

3. Jika bergejala dalam tempoh lima hari;

  • Laporkan keputusan positif menerusi MySejahtera.

Baca juga Wajib lengkap 2 dos vaksin, penggalak hadir solat Jumaat di masjid seluruh Selangor

Selain itu, bagi individu berumur 18 tahun dan ke atas, jika diuji positif Covid-19, kes akan dikendalikan mengikut prosedur pengurusan sedia ada.

  • Belum terima atau tidak lengkap vaksinasi, perlu jalani HSO selama tujuh hari.

Jika bawah umur 18 tahun;

  • Lengkap vaksinasi perlu jalani HSO selama lima hari.
  • Tidak lengkap atau belum terima vaksinasi, perlu jalani HSO selama tujuh hari.

Ingat, kita belum menang dengan wabak Covid-19 ini. Apa pun, jujurlah pada diri sendiri. Lakukan ujian jika bergejala.

Semoga bermanfaat.