SEPERTI ramai sedia maklum, kebanyakan negara kini sudah melaksanakan perintah lockdown bagi membasmi penularan Covid-19.
Di Malaysia pula kini memasuki fasa ke-5 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan yang mana orang ramai diarahkan untuk hanya kekal berada di rumah.
Pelbagai aktiviti dilakukan bersama keluarga sepanjang tempoh PKP seperti memasak, membuat video dan pelbagai lagi. Namun lain pula apa yang berlaku di negara luar.
Seperti di Los, Angeles, Muzium J. Paul Getty telah mencipta cabaran baharu (challenge) dan menyeru kepada orang ramai yang kini berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin untuk turut serta dalam challenge tersebut.
Untuk turut serta dalam challenge yang dibuat, orang ramai diminta untuk meniru karya-karya seni terkenal dengan keperluan barangan yang ada di rumah mengikut kreativiti masing-masing.
Challenge tersebut juga mendapat sambutan luar biasa dan penyertaan yang dihantar juga sangat kreatif dan menghiburkan.
Terdapat beribu-ribu tindak balas lucu dan kreatif! Ada yang penulis lihat sendiri sekali pandang seakan sama dengan foto karya asal. Mona Lisa pun ada tau. Memang wow habis!
Ingin lihat hasil karya mereka? Berikut ada beberapa foto di antara penyertaan yang mendapat perhatian ramai dan juga wow!
1. Salvador Dali – Isolation
2. Girl With a Pearl Earring - Johannes Vermeer
3. Lady with a Fan - Gustav Klimt
4. Mona Lisa - Leonardo da Vinci
5. Dora Maar - Pablo Picasso