Elak sembelit dengan cara semula jadi. Berikut 4 perkara dapat membantu

Iklan
Untitled design (3)

MENAHAN sakit perut kerana sekian hari tidak 'membuang' memang boleh membuatkan sesiapa pun sakit kepala.

Masakan tidak, bukan perut sahaja yang sakit, tetapi masalah sembelit memang boleh membuatkan emosi terjejas, rasa tidak selesa dan pendek kata, semuanya serba tidak kena.

Iklan
Iklan

Tidak dinafikan, pengambilan ubat-ubatan boleh menjadi penyelesaian mudah dan segera untuk mengatasi masalah sembelit.

Baca juga: Doktor kongsi detik bayi dijangkiti covid-19 ingat jangan suka-suka cium bayi

Iklan

Baca juga: Anak gagap bercakap sering dipersendakan ibu bapa perlu ambil langkah awal atasinya

Oleh itu, apa kata cuba amalkan empat pendekatan mudah seperti yang dipetik daripada CNN Indonesia.

Iklan

Bukan sahaja baik untuk kesihatan jangka panjang, malah bahan yang digunakan juga berasaskan semula jadi. Jom! Semak.

1. Kandungan serat

Menurut Ahli Gastroenterologi Klinik Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat menasihatkan agar penggambilan kandungan serat seperti buah epal, avocado dan lobak merah.

"Makanan yang memiliki serat tinggi akan menghasilkan tekanan osmotik dan membantu melancarkan proses pencernaan," ujarnya kepada Women's Health Megazine.

2. Kopi panas

Tidak hanya memberi kesegaran dan menaikkan semangat untuk memulakan aktiviti pada waktu pagi hari, kopi panas juga mampu merangsang gerakan usus.

Kandungan kafein akan mengaktifkan kemampuan usus besar.

3. Minum air

Pengambilan air putih sama manfaatnya seperti pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat.

Disarankan agar sekurang-kurangnya minum lapan gelas air sehari kerana ia dapat membantu melancarkan usus.

Oleh itu, memperbanyakkan minum air putih untuk menyingkirkan kotoran dalam badan termasuk memudahkan proses 'memerut' di tandas.

4. Senaman

Bukan sahaja baik untuk mengawal berat badan, senaman juga mampu memberi membantu mengatasi sembelit.

Aktiviti seperti olahraga, denai kembara, berjalan kaki, joging mahupun berbasikal mampu meningkatkan gerakan usus.

Kesimpulannya, amalan pemakanan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan gangguan kesihatan.

Bukan sahaja hal seperti sembelit, tetapi ia meliputi semua aspek seperti jantung, berat badan dan kencing manis.

Sekiranya gangguan sembelit semakin berlanjutan, sebaiknya rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram