Hamil enam bulan, Syatilla Melvin diduga dengan Covid-19

Iklan
SYATILLA SAM

PELAKON Syatilla Melvin yang kini sarat hamil enam bulan memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19.

Difahamkan, Syatilla sebelum itu telah menjadi kontak rapat pengurusnya yang terlebih dahulu mendapat jangkitan virus itu.

Iklan
Iklan

"InsyaAllah, doakan Tilla sembuh dengan segala kebaikan yang ada. Tengah sarat Allah uji,” luahnya menerusi Instagram.

Bagaimanapun setakat ini, Syatilla memaklumkan hanya menjalani kuarantin di rumah, manakala suaminya, Shaheizy Sam serta dua anak mereka, Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy negatif virus itu.

Iklan
Iklan

Malah Syatilla sering berkongsi gelagat dua anaknya yang cuba menghiburkan dari sebalik pintu dan aksi di kamera litar tertutup (CCTV).