Anak Zahirah, Aiman pula positif Covid-19

Iklan
aiman zahirah

PERKARA yang paling dibimbangi Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza akhirnya menjadi kenyataan apabila anak mereka, Isaac Raees, 12 bulan turut disahkan positif Covid-19.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Zahirah mendedahkan bahawa anak lelakinya itu disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR).

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_74243" width="640"] Isaac terlebih dahulu menjadi kontak rapat Aiman dan Zahirah sebelum disahkan positif Covid-19.[/caption]

Bintang Bulan dan Pria Terhebat itu menerusi Instagram miliknya turut mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan kata-kata semangat yang diberikan.

Iklan

Aiman terlebih dahulu positif virus itu pada awal Februari lalu dan diikuti Zahirah pada 20 Februari lalu selepas yang mengalami gejala sakit tekak, batuk, selsema dan keletihan.

Iklan

Disebabkan situasi itu, Zahirah dan Aiman bergilir-gilir menjaga anak mereka sendiri.