HP Inc baru-baru ini mengumumkan pembukaan HP Experience Hub (X-Hub) pertama di Malaysia bagi melancarkan perdagangan dalam talian ke luar talian (O2O) merentasi enam negara di Asia Tenggara.
Bukan itu sahaja, kedai fizikal yang dibuka dengan kerjasama peruncit teknologi terbesar, Thunder Match Technology Sdn Bhd turut disokong rakan dagangan, Shopee dan Lazada.
Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran Thunder Match, Eric Chan, penciptaan HP X-Hub adalah sebagai langkah utama untuk memperkenalkan ciri omnichannel yang lebih lancar dan mesra pengguna.
"Kedai fizikal HP X-Hub di Malaysia menterjemahkan contoh hebat gabungan kepakaran perdagangan HP dan Thunder Match demi memenuhi keperluan fizikal dan digital yang berubah menjadi rangkaian peruncitan moden,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga Sistem pembersihan udara canggih, jenama terkemuka kreatif basmi virus hingga 99 peratus
Baca juga Portfolio terkini HP Envy ‘lebih kuasa‘, siap ada software percuma
Sementara itu, Ketua Saluran dan Pembekalan Greater Asia HP, David Tan berkata, HP menyedari pilihan teknologi pintar lebih penting dalam perubahan gaya hidup, kerja dan permainan hibrid selepas pandemik Covid-19.
"Perubahan tersebut mencipta peluang baharu untuk jenama-jenama tertentu mempromosikan produk masing-masing dalam platform O2O dengan skop jualan lebih meluas.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
"Justeru, kami dalam misi untuk memberikan khidmat melalui HP X-Hub yang diyakini mampu mengembangkan perdagangan omnichannel moden untuk semua saluran,” katanya.
Setakat ini, HP X-Hub menghubungkan 82 buah kedai dalam talian di seluruh Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura, manakala Thailand dan Vietnam akan menyusul tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.hp.com.