Tapis panggilan dengan mudah, aplikasi Truecaller ditambah baik dengan video swafoto

Iklan
truecaller

BOSAN asyik diburu panggilan yang tidak berfaedah, anda boleh selesaikan masalah tersebut dengan aplikasi Truecaller.

Dengannya, semua panggilan dan mesej yang dihantar oleh ejen pemasaran, sindiket penipuan waima scammer boleh ditapis dengan mudah.

Iklan
Iklan

Lebih seronok, setiap data pemanggil akan terpapar pada skrin membolehkan anda lebih berhati-hati untuk menjawabnya.

Iklan

Baca juga Cara baru scammer sasar pembeli online. Ini 5 langkah lindungi diri

Menariknya, selain data identiti pemanggil sentiasa dikemas kini, pengguna juga boleh melihat rekod dan mendengar rakaman panggilan lampau.

Iklan

Terkini, pengguna boleh membuat panggilan video melalui Truecaller!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Itu antara penambahbaikan yang diperkenalkan aplikasi tersebut kepada pengguna yang mana mereka boleh melihat video swafoto pendek bagi melepaskan kerinduan buat insan yang jauh pada mata.

Setakat ini, aplikasi popular itu telah dimuat turun sekitar 500 juta pengguna di seluruh dunia.