PENYANYI terkenal Indonesia, Krisdayanti berkongsi nama dan foto bersama cucu sulungnya pada Ahad.
"Alhamdulillah, perkenalkan cucu kami Ameena Hanna Nur Atta,” tulisnya mengenai bayi yang dilahirkan pada 22 Februari lalu.
Ameena merupakan puteri pertama anak Krisdayanti, Aurel Hermansyah dengan pensohor media sosial terkenal Indonesia, Atta Halilintar.
Tambah Krisdayanti, Aurel kini semakin pulih selepas melalui proses bersalin dan turut memberikan kata-kata semangat buat anaknya itu.
Dalam pada itu, Atta menerusi Instagram menjelaskan maksud di sebalik pemilihan nama anak sulungnya itu.
[caption id="attachment_74430" width="800"] Atta, Aurel semakin bahagia dengan kehadiran Ameena.[/caption]
"Ameena Hanna Nur Atta. Ameena membawa maksud terpercaya dan setia yang terinspirasi daripada nama ibu Nabi Muhammad SAW. Perempuan hebat yang melahirkan manusia paling mulia.
"Hanna pula membawa erti kebahagiaan dan kegembiraan. Nur bererti cahaya keluarga kami dan nama ibu hebatnya. Sementara binti Atta merupakan nama keberuntungan keluarga ini,” tulisnya yang turut mewujudkan Instagram khas buat Ameena menerusi @ameenaatta.
[caption id="attachment_74428" width="800"] Ameena menjadi cucu sulung dalam keluarga Aurel dan Atta.[/caption]
Sekadar info, Aurel dan Atta mendirikan rumah tangga pada 3 April tahun lalu.