Ikan bawal goreng cili bawang cukup rasa, ringkas disediakan

Iklan
Ikan bawal goreng cili bawang cukup rasa, ringkas disediakan

SUDAH buntu memikirkan menu menarik untuk dinikmati seisi keluarga?

Jika korang mencari sajian yang ringkas tetapi sedap barangkali ikan bawal goreng cili bawang ini antara pilihan ideal.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Masa untuk memasak juga tidak terlalu lama dan menu ini sangat mudah serta dijamin sedap.

Bahan-bahannya;

Iklan

  • 1 ekor ikan bawal
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 20 biji cili padi dihiris
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2cm halia dihiris halus
  • 1 batang serai dihiris halus
  • 1 sudu teh air asam Jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Cuba juga Patut cuba! ikan bawal emas, dimasak stim halia

Cara membuatnya;

1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga garing. Ketepikan.

2. Keluarkan minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis. Tumis bawang besar, bawang putih dan semua bahan hirisan hingga wangi.

3. Masukkan air asam Jawa, sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan biarkan mereneh satu hingga dua minit.

Cuba juga Mudahnya buat telur tomato, rasanya sedap pemikat hati anak-anak

4. Akhir sekali tuang tumisan atas ikan bawal yang digoreng tadi. Sedia dihidangkan panas-panas.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my