[VIDEO]20 tahun tidak bersua, Azah menangis jumpa abang, kakak buat ramai sebak

Iklan
20-tahun-tidak-bersua,-Azah-menangis

HUBUNGAN adik-beradik adalah ikatan yang terlalu istimewa.

Bak kata pepatah, kawan boleh dicari, tetapi adik-beradik tak ada yang boleh diganti.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Kasih sayang antaranya tidak akan terhenti walaupun terpisah beribu batu.

Iklan

Menerusi perkongsian sebuah video di Intagram miliknya, dilihat ibu kepada tiga anak yang menetap di Montreal, Kanada itu menangis dan saling berpelukan dengan abang tersayang.

Iklan

Selain abangnya, pemilik nama sebenar Noazah Aziz, 46, itu juga berkesempatan menemui kakak tercinta.

Terlerai rindu mereka setelah Azah berpeluang pulang ke Malaysia baru-baru ini.

Coretnya di ruangan kapsyen posting tersebut,"Best reunion ever, macam jejak kasih dah ni."

Azah turut mengakui raup wajah kakaknya itu seiras arwah ibu dan sebab itulah air mata tidak lagi dapat ditahan.

Perkongsian video tersebut mencuri perhatian pengikut dan rakan artis. Rata-rata sebak melihat situasi demikian.

Terdahulu Azah berkahwin dengan Daud Leroy dan menetap di Montreal, Kanada. Pasangan tersebut dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aaron,23, Ryan,16, dan Justin,13.