RAYA dah nak dekat jom DIY buat pengikat langsir. Senang sahaja tak perlu jahit pun.
Antara bahan diperlukan:
- CD lama
- Chopstick
- Riben
- Glue gun
- Gunting
- Jarum dan benang
Caranya penyediaan:
1 Potong bahagian tengah CD membentuk bulatan seperti di dalam gambar.
2 Kemudian, lilit CD dengan reben dan gamkan kemas. Selain reben anda juga boleh hias dengan menggunakan lace. Lebih cantik dan eksklusif.
3 Setelah itu, ambil chopstick dan lilitkan juga dengan reben.
4 Serikan hujung chopstick dengan ikatan reben. Gamkan kemas.
5 Anda juga boleh serikan CD dengan kraf bunga. Gamkan pada CD yang siap dililit tadi.
6 Pengikat langsir kini siap untuk digunakan.
Apa yang bestnya pengikat langsir ini, pastinya ia mengikut cita rasa anda kerana dapat memilih sendiri material reben..
Selain itu pengikat langsir ini juga hanya boleh didapati di rumah anda. Sangat limited edition kan. Selamat mencuba!
Penulis: Suhaila Ali
Sumber: Keluarga.my