Menariknya, Twisties perasa roti bakar mentega. Ada yang dah cuba ke?

Iklan
twisties

Twisties mencipta kelainan dengan mengangkat keenakan perisa tempatan dengan memperkenalkan perisa Kaya Butter Toast (roti bakar mentega).

Pengarah Pemasaran Mondelēz Malaysia & Singapura, Arpan Sur berkata, pengenalan itu merupakan detik yang mengujakan bagi jenama berkenaan.

Iklan
Iklan

"Masakan tidak, ini merupakan kali pertama rasa manis Twisties diperkenalkan selain masin dan pedas," katanya.

Dengan hadirnya Kaya Butter Toast, ia menjadi sebahagian daripada pelbagai Twisties sedia ada iaitu Spicy Seaweed Splash, BBQ Curry, Cheddar Cheese, Chicken, Cherry Tomato, Chili Cheese dan Thai Sweet Chili.

Iklan
Iklan

Untuk meraikan lagi rasa obsesi dan sebahagian daripada kempen #EmbraceYourObession, pelbagai barangan edisi terhad Kaya Butter Toast telah dicipta khusus dan tersedia untuk dimenangi.