Memang mengiurkan, resipi Gulai Ikan Ayo tambat selera satu keluarga. Kena cuba ni

Iklan
Untitled design - 2022-03-04T163719.114

HIDANGAN gulai sememangnya popular di kawasan Pantai Timur, lagi-lagi resipi yang dinamakan Gulai Ikan Ayo.

Kalau menghadiri majlis keraian seperti kenduri-kendara atau majlis perkahwinan, sesetengah keluarga pengantin akan menghidapkan masakan istimewa itu.

Iklan
Iklan

Haa, buat yang belum tahu, ikan ayo juga dikenali sebagai ikan tongkol atau ikan kayu.

Kalau nak diikutkan, macam-macam versi masakan Gulai Ikan Ayo yang dibuat.

Iklan

Bagaimanapun, SinarPlus tertarik dengan perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Muhammad Syazwan Ahmad di sebuah grup masakan.

Ujarnya, resipi itu diperoleh ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan di Kelantan.

Iklan

"Selepas merasa masakan Gulai Ikan Ayo, terus mintak resipi daripada ibu pengantin,” katanya.

Berikut merupakan ramuan dan cara penyediaan Gulai Ikan Ayo yang dikongsi oleh Muhammad Syazwan yang dijadikan panduan kepada anda kalau mahu mencuba.

BAHAN-BAHAN

BAHAN REBUSAN

Ikan Ayo Kurik

Asam keping

Gula Nise atau kabung

Lengkuas

Garam

BAHAN KISAR

10 tangkai cili kering (gunting buang biji dan rebus)

1-2 inci lengkuas

5-7 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 camca makan biji ketumbar

2 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN

1 mangkuk santan

Kacang panjang

Lada solok

Cara penyediaan:

1. Campurkan santan dan bahan kisar.

2. Masukkan garam dan gula nise.

3. Kemudian, masukkan ikan ayo kurik yang telah direbus.

4. Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan lada solok.

Menurut Muhammad Syazwan, biasanya resipi tumis akan dimakan bersama dengan nasi dagang dan dimasukkan rempah ke dalam masakan, tetapi perkongsian kali ini dimasak untuk sarapan pagi.

Kalau selama ini sarapan pagi makan roti canai atau nasi lemak, apa kata kali ini kita cuba makan gulai pula.

Kalau mahu diikutkan, mudah sahaja senarai ramuan dan cara penyediaannya. Semua orang boleh masak resipi itu. Jom masak!