6.1% dividen KWSP 2021 telah dikreditkan ke akaun, ini cara buat semakan

Iklan
kwsp

UMUM maklum setiap tahun, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengisytiharkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun tersebut, iaitu dalam pertengahan atau penghujung bulan Februari atau awal Mac.

Iklan
Iklan

Pada 2 Mac lalu, lembaga KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion; dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan RM6.27 bilion, menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.

Iklan

Selain itu, ahli juga digalakkan membuat semakan dividen secara online melalui i-Akaun.

Iklan

Justeru, ini cara membuat semakan tersebut;

1. Layari www.kwsp.gov.my

2. Pergi kepada ikon Login

3. Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan

4. Klik View Details di bahagian menu Dividen

5. Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan

*Bagi korang yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan daftar terlebih dahulu.

Baca juga [VIDEO]KJ kongsi 5 kelonggaran SOP Covid-19 bermula Mac

Aplikasi i-Akaun

Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui

  • Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store
  • Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun di http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi 03-89226000.

Semoga bermanfaat!