Sambal tumis ikan kembung nampak biasa, tak sedar buat nasi bertambah

Iklan
Sambal tumis ikan kembung nampak biasa, tak sedar buat nasi bertambah

SAMBAL tumis ikan kembung, menu ala-ala kampung yang tak pernah jemu dimakan.

Paling sedap jika dimakan bersama sayur masak lemak putih atau tumis air bersama sambal belacan.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Sambal ikan ini makanan ringkas saja tapi antara menu wajib setiap minggu.

Rasanya seimbang pedas, manis dan masam, memang buat nasi bertambah.

Iklan

Bahan-bahannya;

  • Ikan kembung dibersih dan digoreng terlebih dahulu
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 4 sudu besar pes cili kering
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • ¼ cawan air

Cuba juga Ikan keli masak lemak kencur mudah, mengiurkan

Cara membuatnya;

1. Goreng ikan terlebih dahulu. Baki minyak ikan tadi, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan pes cili kering.

2. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak. Kacau-kacaukan supaya tak hangit.

3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Masukkan air dan biarkan merenih dan sambal sedikit memekat.

4. Bila sambal nampak dah pekat, bolehlah masukkan ikan yang digoreng. Masukkan sedikit gula.

5. Boleh tambah hirisan bawang merah sebagai hiasan. Siap untuk dihidang.

Sumber: Umi Watie

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI