Bonsai kelapa jadi trend hiasan rumah, usahawan ini hasilkan mahakarya unik bentuk ayam jantan

Iklan
bonsai kelapa

PEMINAT pokok bonsai di negara ini memang ramai. Namun, mereka yang memilih bonsai daripada pokok kelapa agak sukar ditemui.

Pun demikian, SinarPlus berjaya menemui seorang lelaki yang juga pengusaha produk berkenaan, Fadzil Abdul Rahim yang berkongsi minat dan bisnesnya menerusi program Cerita Orang Kita bertajuk Gubahan Unik Bonsai Kelapa baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"(Bonsai kelapa) sebenarnya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Meskipun mengambil masa yang lama dan memerlukan ketekunan cukup tinggi untuk menyiapkannya, namun menjadi satu kepuasan bermakna buat saya apabila dapat menghasilkan satu 'mahakarya' yang disukai ramai,” katanya.

Iklan

Kepada SinarPlus, pengusaha berusia 56 tahun itu memberitahu, dirinya mula jatuh hati dengan keindahan bonsai kelapa selepas mengunjungi satu festival ketika lawatan kerja di Bali, Indonesia pada tahun 2016.

"Ketika itu, saya lihat negara yang terlibat hanyalah Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja. Tiada satu wakil pun dari Malaysia. Hal demikian membuatkan saya tertanya-tanya kerana buah kelapa mudah didapati di negara kita.

Iklan

Baca juga Bongsai kelapa kini viral, cecah harga RM350 sepokok

"Sekembalinya saya ke Malaysia, saya mencuba idea itu di rumah. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan, pelbagai bentuk bonsai dapat dihasilkan sebagai hiasan sehingga pada hari ini,” ceritanya penuh teruja.

Fadzil yang juga Perancang Bandar dan Desa di Jabatan Perancang Bandar dan Desa Melaka itu sama sekali tidak menduga hobi membentuk bonsai kelapa telah membuka rezeki sampingan buatnya sekeluarga.

Baca juga Rambut Marilyn Monroe, pakaian Saloma antara 10,000 koleksi antik, ini kisah menarik di sebalik hobi Wafa yang ramai tak tahu

"Pada mulanya, saya hanya sekadar suka-suka memandangkan minat memang ke arah bercucuk tanam. Pun begitu, tidak sangka pula ramai yang berminat dan datang membeli terutamanya rakan sekerja serta penduduk setempat.

"Jika sebelum ini, saya berjualan di kawasan tumpuan ramai seperti di Pengkalan Balak atau Tanjung Bidara, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hanya beroperasi di rumah sahaja," ujarnya yang menetap di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Baca juga Hobi pelik! Wanita kumpul bangkai nyamuk yang berjaya dibunuh sebagai koleksi

Apabila ditanya mengenai jenis bentuk bonsai yang sering menjadi pilihan pelanggan, bapa kepada enam cahaya mata itu tersenyum seraya berkata:"Elemen haiwan sentiasa mencuri tumpuan ramai dan permintaan paling banyak adalah bentuk ayam.

"Sekali pandang memang nampak seperti ayam sebenar, dengan warna yang menyerlah dan bentuk yang cukup terperinci."

"Terdapat juga bonsai kelapa dengan bentuk unik iaitu bercabang dua dan tiga. Susah nak dapat sebenarnya, tetapi sambutan memang luar biasa. Barangkali itulah yang menjadi tarikan kepada pelanggan untuk terus berkunjung."

Rejim penjagaan

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, tidak sukar untuk memelihara bonsai kelapa tersebut kerana hanya memerlukan penjagaan minimum seperti menyiramnya pada waktu pagi dan petang.

"Selain memastikan jumlah air yang mencukupi, kita kena rajin membuang daun lama atau rosak. Seperti rejim penjagaan pokok lain, tiada bezanya untuk bonsai kelapa ini. Apa yang penting, kita perlu mencurahkan kasih sayang kepadanya.

"Lagi satu, jika peminat bonsai kelapa pandai menjaga dan membentuknya, tidak mustahil usia pokok ini akan bertahan lama, malah semakin lama semakin cantik kejadiannya terutamanya pada bahagian akar,” kongsi beliau.

Ketika ditanya kononnya harga bonsai kelapa ini cukup premium disebabkan hanya mampu dibeli oleh golongan kluster kayangan, penjawat awam itu menidakkan dakwaan tersebut.

Baca juga Lelaki Vietnam obses barang kemas, setiap hari melaram 2kg rantai, gelang, cincin emas

"Tak, semuanya dijual pada harga berpatutan. Setakat ini, harga yang saya tawarkan bergantung kepada usia dan bentuk bonsai. Lazimnya, kalau untuk bonsai biasa, harga bermula RM50 untuk satu pasu. Jika bentuknya lain daripada lain, saya jual pada harga bermula RM150 hingga RM300.

"Sebenarnya ia bergantung kepada minat masing-masing. Semakin lama bonsai tersebut, semakin mahal harganya kerana sudah terbentuk cantik,” ungkapnya.

Lelaki itu juga tidak menafikan, bantuan anak-anak mempromosikan produk bonsai kelapa melalui media sosial terutama menerusi Instagram @thegoldtaste_ telah menyebabkan perniagaannya menjadi sebutan ramai.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Sejak PKP ini, ramai yang menempah secara dalam talian kerana lebih mudah. Malah pembeli di luar Melaka pun ramai juga. Saya lihat potensi jualan bonsai kelapa ini ada masa depan yang cerah.

"Justeru, kepada mereka yang mahu mengusahakannya, apa yang penting perlu ada minat mendalam selain rajin menimba ilmu,” katanya yang percaya bonsai kelapa bakal menjadi trend dalam kalangan pencinta dekorasi sama seperti di Indonesia.