AMBULANS mungkin membawa pesakit yang bertarung nyawa untuk mendapatkan rawatan segera di hospital.
Justeru, pengguna jalan raya perlu memberikan laluan kepada kenderaan itu tidak kira dalam apa jua situasi.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Namun situasi yang berlaku baru-baru ini apabila sebuah konvoi pemerintah tertinggi negeri Selangor bertindak memberi laluan kepada ambulans mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video oleh Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Kentang' di Facebook miliknya, kelihatan ambulans milik badan kebajikannya bukan sahaja diberi laluan namun turut juga diiringi polis.
Katanya, tiga polis trafik yang 'dipercayai' sedang mengiringi DYMM Sultan Selangor membuat keputusan segera untuk membawa ambulans dalam perjalanan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Baca juga Wanita koma dibelasah suami makin lemah, keluarga buntu namun reda
Menurut beliau, semasa kenderaan kebajikannya sedang rapat ke kiri untuk memberi laluan kepada konvoi tersebut, salah seorang polis trafik segera menghampiri dan memintanya ikut dua lagi polis trafik yang berada di hadapan.
Sementara itu, Facebook rasmi 'Selangor Royal Office' turut mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku semasa konvoi DYMM Sultan Selangor dalam perjalanan menuju ke Istana Negara baru-baru ini.
Orang ramai yang menonton video itu memuji dan mendoakan seluruh individu terlibat dalam konvoi tersebut dilimpahi rahmat kerana menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat yang sedang dalam kecemasan.
Semoga tindakan ini dapat dijadikan contoh kepada konvoi-konvoi lain ketika dalam situasi yang sama pada masa akan datang.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI