Silah Kilauan Emas 3 meninggal dunia

Iklan
SILAH KE3

PENYANYI Silah yang juga bintang Kilauan Emas musim ketiga, menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, jam 10.20 malam, pada Jumaat.

Isterinya Norasidah Khamis berkata, Allahyarham disahkan positif Covid-19 sejak 4 Mac lalu dan keadaannya kritikal selepas lima hari.

Iklan
Iklan

"Doktor ada bertanya sama ada mahu membiarkan keadaan seperti biasa atau pesakit ditidurkan. Arwah mempunyai penyakit buah pinggang tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan batu karang.

"Jadi, keluarga buat keputusan menidurkannya, itulah jalan terbaik agar tidak terus tersiksa.

Iklan

"Bagaimanapun, arwah dipindahkan ke wad pesakit Covid-19, jam 4 pagi, kelmarin. Keesokannya, doktor melakukan dialisis darah dalam keadaan ditidurkan.

"Itu juga kali pertama arwah buat dialisis. Selepas melakukan dialisis, doktor memaklumkan tahap oksigen kembali okey, cuma buah pinggangnya sudah teruk, begitu juga paru-paru.

Iklan

"Pihak hospital sedaya upaya melakukan terbaik untuk menyelamatkan arwah suami, namun, ALLAH lebih menyayanginya.

"Anak memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.20 malam tadi," katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Arwah Silah atau nama sebenarnya Silahuddin Ali meninggalkan sembilan anak dan seorang cucu.

Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Paya Panjang, Bukit Pasir, Muar, hari ini.