Honda New Odyssey diimport sepenuhnya dari Jepun, lebih premium dengan pintu belakang pintu bebas tangan

Iklan
New Odyssey

HONDA Malaysia baru-baru ini memperkenalkan varian kenderaan pelbagai guna (MPV) serba baharu, New Odyssey dengan reka bentuk dalaman lebih elegan dan premium.

Model MPV yang memiliki tujuh tempat duduk mewah dan diimport sepenuhnya dari Jepun itu ditawarkan pada harga bermula RM275,311 untuk pasaran tempatan.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, varian yang elegan tersebut sememangnya sesuai buat mereka khususnya keluarga besar atau golongan eksekutif yang sedang mencari model MPV mewah dengan pemanduan lebih baik.

Iklan

Baca juga Honda keluarkan warna lebih ummphhh, Platinum White Pearl nampak lebih glossy, mewah

"Desain dalaman dan luaran kenderaan yang ditambah baik pada tahap lebih premium dijangka memberikan kepuasan optimum kepada pelanggan,” katanya.

Iklan

Bukan sahaja didatangkan khas dengan jeriji hadapan lebih moden, reka bentuk lampu LED dan bampar hadapan baharu menyerlahkan sisi elegan model tersebut.

Berikut spesifikasi lain New Odyssey:

  • Didatangkan dengan reka bentuk aloi 17 inci.
  • Model mewah itu dilengkapi papan pemuka lebih lebar, 7" Meter TFT 7 dan New 8” Advanced Display Audio.
  • Ruang kabin dan kelebihan tempat duduk kulit Captain Cradle Seat dan Ottoman untuk keselesaan penumpang dan pemandu.
  • Dilengkapi pintu belakang kuasa bebas tangan dengan gerakan tendangan di bawah bampar belakang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menariknya, fitur baharu tersebut turut dilengkapi ciri keselamatan termaju, Honda Sensing, selain mengekalkan ciri sistem kamera berbilang pandangan dengan bantuan letak kereta pintar, maklumat titik buta dan banyak lagi.

New Odyssey didatangkan dengan pilihan rona Platinum White Pearl, Premium Twinkle Black Pearl dan Super Platinum Metallic.

Untuk informasi lanjut atau mahu melihat sendiri New Odyssey terbaharu itu, pelanggan boleh berkunjung ke bilik pameran Honda yang sah di seluruh negara.