6 fakta penting gegelang sotong sejuk beku tiada DNA babi

Iklan
6 fakta penting gegelang sotong sejuk beku tiada DNA babi

BARU-BARU ini tular di media sosial satu tangkap layar mengenai dakwaan gegelang sotong sejuk beku yang didakwa mengandungi rektum babi ditemui di sebuah premis di Perlis.

Iklan
Iklan

Justeru, kini gegelang sotong sejuk beku disahkan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berikut fakta berkaitan;

Iklan

1. Ia disahkan oleh keputusan daripada Jabatan Kimia Malaysia.

2. Pihak KPDNHEP ingin menasihati pengguna agar berhati-hati di dalam menyebarkan maklumat terutama di media sosial termasuklah isu berkaitan halal kerana ia boleh mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.

Iklan

3. KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas beberapa premis di peringkat peruncit, pemborong, pengedar dan pengimport produk terbabit di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor Bharu.

Baca juga Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu

Justeru, pengguna tidak perlu meragui lagi dakwaan yang disebarkan. Ia halal, selamat dan tidak mengandungi DNA babi.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI