ROSA, teknologi canggih bantu pakar bedah Hospital Gleneagles Medini Johor lakukan penggantian lutut

Iklan
f-rosa

ROSA iaitu pembantu pembedahan robotik telah membantu pakar bedah ortopedik melakukan penggantian lutut di Hospital Gleneagles Medini Johor sejak Disember 2021.

Dengan ciri tambahannya, ia membolehkan pakar bedah ortopedik menggunakan pendekatan anterior untuk bekerjasama dengan ROSA bagi pembedahan penggantian lutut keseluruhan.

Iklan
Iklan

Dr Suhaeb Abdulrazzaq Mahmod yang bertugas di bahagian pembedahan ortopedik Hospital Gleneagles Medini Johor antara doktor pertama di hospital berkenaan yang menggunakan ROSA bagi pembedahan penggantian lutut.

Iklan

Pun demikian, sebagai pakar bedah, mereka masih mempunyai kawalan penuh ke atas perancangan kes dan pembedahan sebenar.

Iklan

Namun dengan keupayaan lanjutan ROSA, pakar menerima data dan alat visualisasi sebelum dan semasa pembedahan bagi memastikan orientasi dan penempatan komponen pengganti lutut yang lebih tepat.

Antara ciri lain, ROSA juga boleh membantu mengukur ketegangan tulang dan tisu pada lutut pesakit, selain memantau dengan pengimejan masa nyata sepanjang prosedur ortopedik.

Walaupun ROSA direka untuk pakar bedah yang menggunakan pendekatan anterior langsung, usaha sedang dijalankan untuk melengkapkan robot dengan data dan alatan tambahan bagi membantu pakar yang gemarkan pendekatan posterior.