Ecobed Cat Litter yang pertama di dunia, palet organik lebih mesra alam dan sesuai untuk kesihatan si bulus

Iklan
ecobed cat litter

INOVASI pasir kucing organik, Ecobed Cat Litter yang diperbuat daripada palet hampas kelapa sawit membanggakan negara apabila dipercayai menjadi produk yang pertama dihasilkan oleh anak tempatan di dunia.

Lebih megujakan, produk Bumiputera yang dihasilkan daripada 100 peratus bahan semula jadi itu kini menjadi pilihan ramai khususnya pencinta kucing.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Ecobed, Za‘im Hadi Meskam berkata, produk yang bakal menembusi pasaran antarabangsa termasuk di Jepun itu lahir selepas percubaan beliau membuat tandas awam untuk kucing liar di rumahnya menggunakan palet hampas kelapa sawit.

Iklan

"Sebenarnya, sisa hampas kelapa sawit yang saya hasilkan sebelum ini sebagai bahan bakar biomas iaitu pengganti arang untuk pasaran Jepun dan Korea. Pun begitu, ketika pandemik melanda, semua operasi tergendala.

"Jadi, saya melihat potensi sisa kitar semula ini sebagai palet organik agak mengagumkan. Dengan formulasi baharu ini, saya berjaya menyelesaikan masalah tandas haiwan peliharaan," katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Iklan

Baca juga Bukan sahaja manusia, kucing pun boleh stres. Ini tanda-tanda jelas si bulus mula tertekan

Menariknya tentang Ecobed Cat Litter kata Za‘im Hadi, ia mampu membantu mengurangkan masalah bau najis dan paling bagus, segala sisa boleh dilupuskan menjadi baja untuk tanaman.

"Berbanding pasir biasa, inovasi ini lebih selamat dan mesra alam kerana tidak berdebu dan tidak melekat pada bulu kucing, selain mudah dibersihkan," ujarnya.

Serentak dengan itu, Ecobed turut memperkenalkan Ecobed PetSpray iaitu semburan organik yang diformulasikan melalui proses pyrolysis berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Baca juga Bawa si bulus jumpa doktor, kucing pun kena vaksin juga. Ikuti saranan kempen Take Your Pet to The Vet cegah penyakit lebih awal

Ia berfungsi sebagai alternatif rawatan luka, kurap dan jangkitan kutu pada si bulus.

Za‘im Hadi menambah, bisnes mereka terus diperluaskan dengan termeterainya perjanjian bersama rangkaian klinik veterinar dan kedai haiwan seluruh negara.

"Pada masa akan datang, insya-ALLAH, kami juga akan melancarkan produk makanan organik dan suci untuk kucing menjelang bulan Jun nanti," katanya.

Baca juga Tuah bela kucing penawar stres dan sunyi, turunkan 30% risiko sakit jantung, strok

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Orang ramai juga berpeluang untuk menyertai peraduan Ecobed BFF yang sedang berlangsung kini. Rebut ganjaran hebat bernilai hingga RM30,000!

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook rasmi EcoBed Malaysia dan https://ecobedmalaysia.com/.