PENGHANTARAN makanan antara perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi.
Pun begitu, apa yang menyedihkan apabila kumpulan penghantar makanan yang bergantung sumber pendapatan pada pekerjaan tersebut terpaksa berdepan dengan insiden pelanggan
Lebih-lebih lagi melibatkan transaksi secara tunai seperti yang dihadapi seorang penghantar makanan ini yang terpaksa menunggu pelanggan yang dipercayai menghilangkan diri dan tidak membayar makanan yang dipesan.
Baca juga: Rider kayuh 3km hantar makanan, rupanya order palsu. Nasib baik ada tolong bayar RM80
Sebuah video dikongsikan @sokcantikkau tular di laman sosial TikTok menjadi tular dengan lebih 800,000 tontonan.
Menerusi paparan video, seorang penghantar makanan yang terpaksa menunggu seorang wanita bernama Nadia sehingga jam 3.00 petang bagi mendapatkan bayaran makanan yang dihantar.
Difahamkan pelanggannya itu telah mengambil makanan bernilai lebih RM100 tetapi menghilangkan diri tanpa membuat bayaran.
[caption id="attachment_76280" width="800"] Gambar hiasan[/caption]
Insiden itu mengundang kecaman netizen yang rata-rata tidak berpuas hati. Warga maya meluahkan simpati, malah ada yang menawarkan diri untuk melangsaikan bayaran.
Namun dalam kemas kini terbaru, @sokcantikkau berkata kes tersebut telah selesai apabila ‘rider’ terbabit sudahpun menemui Nadia.
Dia bagaimanapun tidak pasti kesudahan insiden itu. Pemilik video berharap tiada lagi kes seumpama itu berlaku.
[caption id="attachment_76281" width="800"] Gambar hiasan[/caption]
"Saya harap selepas kes Nadia tidak wujud lagi manusia seperti itu. Ingatlah orang lain juga mencari rezeki yang halal untuk keluarga.
"Jika kita permudahkan urusan orang lain, Insya-ALLAH urusan kita juga mudah.
"Fikirlah sebelum melakukan sesuatu. Jika orang yang ditipu itu tidak menghalalkan apa yang dimakan, bagaimana?”
Tersentuh dengan apa yang terjadi, warga maya mencadangkan agar syarikat penghantaran makanan memperbaiki sistem bayaran bagi mengelakkan penganiayaan terutama sekali membabitkan bayaran tunai.
Makanan dan rezeki yang menjadi sajian akan mempengaruhi sikap, perangai, air muka, hati, dan keseluruhan kehidupan. Justerum berusahalah mendapatkan ia dari sumber yang halal. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Baca juga: [VIDEO]"Corner Cecah Lutut Woo..." - Netizen Terhibur Aksi Rider Grabfood Macam Pelumba MotoGP
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI