BERSAMA Pakar Motivasi Keluarga, Zaid Mohamad
Sejak kebelakangan ini, ramai wanita berstatus janda menjadi pilihan utama ramai jejaka bujang untuk dijadikan isteri.
Hal itu sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang segelintir wanita muda yang masih belum bertemu jodoh.
Justeru, apakah faktor yang mendorong 'saham' janda melambung tinggi pada pandangan mata lelaki bujang dan lebih muda?
JAWAPAN
Tidak dinafikan isu ini agak taboo dan realitinya memang berlaku dalam masyarakat kita. Malah, perkataan janda itu sendiri sering dijadikan bahan gurauan sehinggakan golongan tersebut dipandang rendah.
Pada pemerhatian kasar, memang wujud perkahwinan semula wanita yang bergelar janda dengan pasangan hidup lebih muda dan bujang. Situasi ini telah menyebabkan segelintir masyarakat memandang serong.
Mungkin ia menjadi satu kelebihan kepada kaum lelaki yang ikhlas untuk menjadikan mereka sebagai pasangan hidup, selain faktor cantik. Ia bergantung kepada pandangan peribadi masing-masing sebenarnya.
Baca juga Pemuda tak sangka, rezeki nikah dua janda muda serentak
Pun begitu, stigma masyarakat belum berubah kerana mereka masih memandang gelaran janda sebagai 'status malang'.
Saya tertarik dengan satu kisah sahabat Rasulullah yang bertanyakan pandangan baginda untuk berkahwin dengan seorang janda yang baik hati berbanding saudara perempuannya yang berjiwa kasar.
Begitu juga dengan mereka yang memilih untuk berkahwin dengan janda kematian suami dan memiliki anak-anak yatim.
Berdasarkan hadis sahih, sesiapa yang memuliakan anak yatim terutamanya pada bulan Ramadan, ALLAH akan memuliakannya pada hari akhirat nanti. Justeru, kita lihat betapa dekatnya orang yang menjaga anak yatim ini dengan syurga.
Baca juga (Video) Borak Bibir Merah Siri 19: Jadi janda bukan dosa
Jika seseorang itu ikhlas mahu memperisterikan janda yang mempunyai anak yatim, bukan sahaja mempunyai nilai premium, malah memperoleh bonus pahala berterusan.
Saya juga yakin dan percaya jodoh dan pertemuan di tangan ALLAH. Janganlah kita terlalu mengecam sehingga tergelincir daripada landasan agama seolah-olah kita menyalahkan takdir.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Akhir sekali, saya juga ingin menasihatkan kepada para wanita supaya membuat pilihan bijak dan menilai semula setiap keputusan demi kebaikan anak-anak serta masa depan terjamin.