Anna Aljuffrey kini penyampai Suria FM

Iklan
ANNA J - SURIA FM

SURIA FM terus menghimpunkan barisan penyampai radio berbakat, versatil dan serba boleh apabila memperkenalkan pengacara Anna Aljuffrey sebagai penyampai baharu stesen radio popular itu pada 14 Mac lalu.

Anna Aljuffrey atau nama sebenar Syarifah Nur Farhana Syed Talib diberi tanggungjawab mengendalikan segmen Suria Pagi Show bersama Anna J, yang akan ke udara pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 6 hingga 10 pagi, bermula hari ini.

Iklan
Iklan

Menerusi segmen tersebut, pendengar akan dihiburkan dengan seleksi lagu-lagu popular 90-an dan terkini di samping perbincangan apa yang menarik dalam dan luar negara.

Bukan itu sahaja, segmen bersama Anna J itu juga akan memberi peluang kepada pendengar setia Suria FM untuk berbual secara langsung mengenai topik harian dan memilih lagu kegemaran sendiri untuk dimainkan di radio.

Iklan

Menurut Pengurus Kanan Program Suria, Cik Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan nama DJ Lin, pihak Suria FM merasakan sudah tiba masanya untuk menambah barisan penyampai sedia ada dalam usaha memperkukuhkan lagi jenama Suria dalam industri Radio di Malaysia.

"Selain daripada menawarkan kandungan siaran yang lebih bervariasi, kali ini kami akan turut memberi tumpuan kepada segmen di hujung minggu dalam menambat hati pendengar sedia ada juga pendengar baharu termasuk pihak penaja.

Iklan

"Pemilihan Anna J amat bersesuaian dengan misi Suria di tahun 2022 ini, berbekalkan pengalaman beliau disamping gaya penampilan yang tersendiri, kehadiran Anna J dilihat mampu melengkapkan percaturan strategi Suria FM dalam bersaing secara proaktif dan agresif.

"Segmen ‘Suria Pagi Show Bersama Anna J’ yang akan ke udara tentunya bakal menceriakan hujung minggu pendengar dengan kandungan yang lebih segar, informatif dan interaktif,” katanya.

Sementara ittu, Anna mengakui sudah sekian lama memasang impian untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM, malah merupakan pendengar setia Suria FM terutamanya Suria Cinta.

"Saya akan berusaha memenangi hati peminat setia Suria FM dan menarik minat lebih ramai pendengar muda dengan pengisian yang lebih segar dan terkini dengan menggunakan pendekatan media sosial dan segmen yang santai agar pendengar akan merasa lebih dekat.

"Saya bertuah kerana diterima baik sebagai ahli baru keluarga Suria FM. Jadi saya harap dapat belajar dan dibimbing oleh penyampai-penyampai Suria FM yang lain yang sudah lama berada dalam industri radio,” katanya.

Suria FM sebelum ini dibarisi penyampai yang terdiri daripada Ajak, Fizi Ali, Suraya Borhan, Cik Piah, Rara, Tyzo dan DJ Lin.

Dalam pada itu, Orang ramai masih berpeluang merebut sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM80,000 dengan hanya meneka nama lagu dan nama penyanyi menerusi peraduan Berwang Suria Celllora di Suria FM sehingga 1 April depan.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh merebut peluang memenangi RM150 menerusi peraduan Teka Abear Karok di media sosial Suria Malaysia sehingga 3 April.

Ikuti akaun Instagram Suria Malaysia dan nantikan video Teka Abear Karok yang akan dimuat naik dua kali seminggu secara rawak.

 

(FOTO: SURIA FM)