Bapa Sharifah Shahora meninggal dunia

Iklan
SHARIFAH SHAHORA

PELAKON dan penerbit Sharifah Shahora berkongsi berita duka telah kehilangan bapanya, Syed Akil Syed Alwee yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

Bagaimanapun pada perkongsian ringkas di laman Instagram dan Facebook miliknya, Shahora tidak menjelaskan tentang punca kematian dan butiran lanjut mengenainya.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum, kepada kaum kerabat, sahabat handai yang mengenali abah saya Syed Akil Syed Alwee, beliau telah kembali kepada-NYA, jam 4 petang tadi (Sabtu) di Shah Alam.

"Mungkin ada yang kami tak dapat bagitahu semua buat masa ini. Diharapkan dapat doakan Allahyarham abah saya di letakkan di tempat orang yang beriman,” tulisnya.

Iklan

Sementara itu menerusi ruangan komen, ramai pengikut dan rakan-rakan selebriti menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Shahora agar tabah menghadapi kehilangn itu.

(FOTO: INSTAGRAM SHARIFAH SHAHORA)

Iklan