Jay Iswazir selamat bertunang

Iklan
JAY ISWAZIR TUNANG

PELAKON Jay Iswazir selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan gadis pilihannya, Azzahra Ahmad, pada Sabtu.

Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail, 40, berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto-foto istimewa bersama Azzahra ketika majlis tersebut di laman Instagaramnya.

Iklan
Iklan

Tidak pernah menyembunyikan kisah cintanya sebelum ini, Pelakon Lelaki Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018 itu meluahkan rasa lega apabila majlis yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan.

"Alhamdulillah segala dipermudahkan. Semoga dipermudahkan langkah seterusnya. Amin. Officially your fiancé,” tulisnya ringkas.

Iklan

Tunangan Jay, Azzahra juga merupakan seorang pelakon dan banyak membintangi drama-drama tempatan.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat dan rakan-rakan pasangan itu turut meraikan berita tersebut dan mendoakan yang terbaik buat mereka agar segera melangkah ke fasa seterusnya.

Iklan

(FOTO: Instagram Jay Iswazir)