Obesiti bukan sekadar masalah lebih makan atau kurang bersenam semata-mata

Iklan
Obesiti bukan sekadar masalah lebih makan atau kurang bersenam semata-mata

SATU daripada dua dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan termasuk obesiti. Punca obesiti adalah kompleks.

Untuk berterusan memberitahu individu yang hidup dengan obesiti supaya kurangkan makan dan lebihkan senaman adalah naif dan primitif.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Menurut beliau, obesiti adalah satu keadaan di mana faktor genetik memainkan peranan yang penting. Tindak balas genetik dengan persekitaran seseorang boleh menyumbang kepada perubahan metabolik dalam tubuh badan yang seterusnya menyebabkan penyakit obesiti.

Namun, malangnya naratif yang sering diulang kepada individu yang hidup dengan obesiti adalah mereka perlu kurangkan makan dan lebihkan bersenam.

Iklan

Baca juga Hospital Tunku Azizah berjaya pisahkan kembar Siam pramatang pertama di Malaysia

Akan tetapi, kajian saintifik menunjukkan tubuh badan manusia secara semula jadi lebih cenderung kepada penyimpanan lemak.

Faktor genetik yang mempengaruhi hormon dan kadar metabolic seseorang semakin dikenal pasti sebagai punca utama kepada obesiti.

Namun, ia bukan bermakna, disebabkan obesiti berpunca dari faktor genetik, maka obesiti tiada rawatan apatah lagi harapan.

Sebaliknya, wujud rawatan yang menyeluruh dan berkesan melalui perubahan tingkah laku dan gaya hidup serta ubatan dan pembedahan.

Juga, di sebalik segala perhatian yang telah ditumpukan kepada wabak Covid-19 sepanjang dua tahun yang lalu, Dr 'Ariff Fahmi turut menekankan bahawa obesiti sebenarnya adalah faktor yang penting yang menyebabkan kemudaratan kepada Covid-19.

Kajian menunjukkan individu yang hidup dengan obesiti terdedah kepada 3 kali ganda risiko kemasukan ke hospital dan 2 kali ganda risiko kematian disebabkan oleh Covid-19.

Baca juga Rasa takut jumpa doktor gigi, jangan terperangkap dengan masalah ‘dental phobia’

Justeru, beliau berpendapat pandangan serong dan prejudis terhadap obesiti dan individu yang hidup dengannya perlu di atasi dengan segera.

Lebih-lebih lagi bersempena tema sambutan Hari Obesiti Sedunia,"Everybody needs to take action”, semua pihak mempunyai peranan yang tersendiri bagi mengawal dan merawat endemik obesiti di Malaysia.

Jika dibiarkan berterusan, endemik obesiti yang melanda kanak-kanak dan dewasa di Malaysia akan terus menjejaskan kualiti hidup individu dan masyarakat serta menjejaskan produktiviti negara.

Penyakit obesiti membawa kepada kemudaratan penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, sakit sendi, kanser, gangguan emosi, nyanyuk dan sebagainya.

Maka, ayuh rakyat Malaysia hulurkan tangan berganding bahu, bekerja bersama bagi menangani endemik obesiti.

Dengan kefahaman yang betul, semua boleh bertindak membantu.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI