Ketahui 'pantang larang' cium dan usap anak, ada bahagian yang tidak sesuai. Ini penjelasannnya

Iklan
Untitled design - 2022-03-25T164021.579

ANAK merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya.

Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk mencorakkan keperibadian zuriat mereka.

Iklan
Iklan

Ilmu-ilmu berkenaan menjadi seorang ibu dan bapa juga perlu dipelajari agar anak-anak yang membesar sihat, tahu batas-batas kehidupan dan rasa mereka disayangi.

Salah satu cara menunjukkan kecintaan kita kepada anak-anak adalah dengan membelai dan melindungi mereka dengan cara mencium, mengusap dan memeluk.

Iklan

Baca juga Kasihnya ibu... duduk rumah jagaan bersama tetap manjakan anak usia 80 tahun

Merujuk perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif Proparenting Resources, Dr Taufiq Razif, kadang-kadang anak menjadi liar dan nakal disebabkan kurang sentuhan dan ciuman daripada ibu bapa.

Iklan

"Perasan tak jika anak kita jatuh sehingga benjol kepala, kita automatik akan peluk dan cium anak dan gosok di tempat benjolan tadi.

"Disebabkan perbuatan itu, anak yang jatuh tadi juga semakin tenang dan berkurang sakitnya. Itulah keajaiban sentuhan dan ciuman,” ujarnya dalam entri Facebooknya baru-baru ini.

Pun begitu, perlu diingat bahawa mencium anak juga perlu ada ilmu, barulah ia semakin berkesan untuk anak kita.

Kata Dr Taufiq, terdapat empat tempat ciuman dan enam tempat usapan yang ibu bapa perlu tahu. Antaranya:

i. Ciuman pada kepala (ciuman kebanggaan)

- Sebagai contohnya, apabila bangga dengan pencapaian anak kerana mendapat skor A dalam peperiksaan.

- Ibu bapa boleh mencium di bahagian tengah kepala anak.

ii. Ciuman pada dahi (tanda reda)

- Apabila anak melakukan sesuatu yang membuatkan ibu bapa reda dan ikhlas, dahi adalah tempat terbaik untuk mencium mereka.

iii. Ciuman pada pipi (tanda rindu).

- Sebagai contohnya, ketika mengambil anak di taska atau mereka baru pulang sekolah, tempat terbaik adalah mencium pada pipi mereka.

- Kadangkala rindu anak sehinggakan ingin menggomol pipi si kecil itu.

Jangan lupa follow kami Instagram!

iv. Ciuman pada tangan (tanda kasih).

- Ciuman pada tangan sangat istimewa dan disebabkan itu kita perlu mengajar anak untuk mencium tangan dengan cara yang betul.

- Bersalam perlu menggunakan bibir atau hidung dan bukannya dahi.

- Lazimnya, 'Pak Arab' akan menegur budak-budak yang menggunakan dahi semasa bersalaman kerana baginya itu tanda sembah dan bukan hormat.

Dr Taufiq turut memberitahu, empat tempat usapan anak sama sahaja dengan ciuman, tetapi boleh ditambah dengan dua kawasan lagi iaitu:

i. Usap pada belakang leher sekiranya anak-anak nampak risau dan tidak tenteram.

ii. Gosok pada bahagian dada pula sangat mujarab untuk mengurangkan kenakalan anak-anak. Selain itu, ketika menggosok, ibu bapa boleh membaca selawat atau surah pendek seperti al-Fatihah atau ayat Kursi.

Baca juga Diasak suruh isteri belajar masak, Dr Say dedah cara lain tambah rasa sayang

PANTANG LARANG

Dalam pada kita mempelajari kawasan untuk mencium dan mengusap anak, tidak dilupakan juga kawasan larangan dan sensitif yang tidak digalakkan untuk ibu bapa melakukannya.

Ujar Dr Taufiq, elakkan mencium anak pada bahagian bibir. Walaupun perbuatan itu kelihatan comel, tetapi sebenarnya ia dikhususkan untuk pasangan yang halal sahaja.

"Bahagian bibir merupakan tempat yang penuh dengan reseptor dan membuatkan ia menjadi kawasan yang sangat sensitif.

"Malah, lebih membimbangkan, ia boleh membangkitkan nafsu syahwat dan anak-anak juga akan keliru apabila umurnya menginjak lima hingga enam tahun,” jelasnya.

Jadi, buat ibu bapa yang telah menjadikan ia sebagai satu tabiat mencium mulut anak, lebih baik hentikan sekarang.

Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang lebih peka akan penjagaan anak-anak.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI