Diskaun Berganda, Baucar Kejutan, eksklusif di Go Shop sempena Ramadan

Iklan
4

RAMADAN tahun ini sudahpun menjelma, peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia, Go Shop terus menawarkan pelbagai barangan hebat sepanjang bulan yang mulia ini.

Mengangkat tema ‘Sambutan Lebih Kepelbagaian’, kempen Salam Ramadan bersama Go Sho menampilkan pelbagai tawaran menarik. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk terus menikmati pemberian diskaun dan pelbagai barangan istimewa yang ditawarkan sempena kempen Ramadan dan hari raya tahun ini.

Iklan
Iklan

Pengacara Go Shop, Raianna A Rahman berkata, lebih banyak tawaran dan promosi pada kempen Ramadan kali ini berbanding kempen tahun sebelumnya.

[caption id="attachment_76924" width="533"] Raianna A Rahman[/caption]

Iklan

"Baucar Kejutan akan dibuat setiap hari jam 11 pagi, manakala Promosi Kejutan akan berlangsung jam 9 malam,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

[caption id="attachment_76925" width="800"] Lebih banyak tawaran dan promosi pada Kempen Ramadan Go Shop kali ini berbanding kempen tahun sebelumnya.[/caption]

Tidak berakhir di situ, setiap hari Go Shop akan membawakan pelbagai rancangan khas bersama selebriti di saluran-saluran Go Shop meliputi Go Shop RUUMA (Saluran 118), Go Shop GAAYA (Saluran 120), dan Go Shop BAARU (Saluran 111).

Antara selebriti yang telah bersama kita adalah Datin Paduka Umie Aida, Datuk Aznil Nawawi, Datin Fouziah Gous, Munif Hijjaz dan juga Neelofa serta suaminya, Haris Ismail.

"Saya sendiri berkongsi tips kecantikan ketika mengendalikan program Gaaya Raya, di mana kebanyakan barangan yang dijual di situ meliputi fesyen, gaya dan kecantikan,” ujarnya.

Tambah Raianna, jika kebiasaannya Go Shop terkenal dengan perkakas dapur, kini penonton dan pelanggan boleh mendapatkan pelbagai rangkaian produk eksklusif seperti kelengkapan ilmiah dan rohani, hidangan Sunnah, barangan kelengkapan dapur, hiasan dan kemasan rumah; kesihatan dan kecerdasan; serta gaya dan kecantikan.

"Dengan adanya tawaran seperti Sunsweet Dates, Set Telekung Jannah dari Najjah dan Schambal Set, urusan Rai dan sekeluarga pada bulan Ramadan menjadi lebih mudah. Produk-produk ini memang akan banyak membantu terutama ketika Sahur dan berbuka puas nanti. Harga memang berbaloi! Lagi rendah daripada harga pasaran.

"Walaupun kedai fizikal telah banyak dibuka, namun masih ramai yang memilih untuk membeli secara atas talian.

"Jika dulu Go Shop hanya terkenal untuk membeli perkakas dapur, tetapi kini ada anjakan daripada penonton dan pelanggan. Mereka mula membeli barangan lain seperti makanan melalui Go Shop dan tertarik dengan harga yang lebih berpatutan berbanding di luar.

"Jadi bagi anda yang mahukan produk berkualiti dengan harga yang berbaloi, maka Go Shop adalah jawapannya,” ujarnya menutup bicara.

Teruskan bersama Go Shop untuk mendapatkan pelbagai tawaran Ramadan dan nantikan promosi hari raya di www. goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop menerusi Google Play dan App Store.