PELAKON Natasha Hudson kembali bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan lelaki pilihannya, Jay Jasmin.
Difahamkan majlis ijabkabul pasangan itu dilangsungkan di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor, pada hujung minggu lalu.
Iklan
Iklan
Natasha, 40, dilihat telah memuat naik semula beberapa keping foto hari bahagianya yang dikongsi rakan dan keluarga terdekat yang turut meraikan detik istimewa itu menerusi Instagram Story.
Bagaimanapun, pelakon filem Chermin itu mengharapkan agar tidak ada pihak yang mensensasikan perkahwinannya kali ini.
"Terima kasih untuk semua ucapan dan doa buat kami berdua. Kami menghargainya dan sangat terharu. Syukur ramai yang sayang kami dan berikan kata-kata semangat. Doakanlah banyak-banyak buat kami dan sekeluarga hingga ke akhir hayat.
"Tak perlu justify kali keberapa (saya sudah kahwin). Tolong tulis tajuk yang positif kalau anda berniat nak tulis kerana saya tidak mahu sebarang publisiti murahan.
"Tolong hormat dan tunjukkan sensitiviti dalam semua perkara, Kami juga manusia yang ada hati. Dengan hati yang kecil ini juga kami perlukan doa dan sokongan,” katanya yang pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinannya sebelum ini.
Artikel Berkaitan