Mudah! Aplikasi MyPTPTN dilancar akses pelbagai perkhidmatan

Iklan
Mudah! Aplikasi MyPTPTN dilancar akses pelbagai perkhidmatan

BAGI memudahkan peminjam dan pelanggan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini melancarkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai MyPTPTN.

Iklan
Iklan

Jika dahulu pelanggan perlu melayari portal untuk melakukan urusan bayaran atau lain-lain, kini semuanya lebih mudah apabila ia diperkenalkan dalam satu aplikasi.

Iklan

Antara kelebihan aplikasi MyPTPTN ini ialah lebih mesra pelanggan, transaksi lebih selamat, boleh diakses di mana-mana tanpa sempadan dan menjimatkan masa.

MyPTPTN juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini bagi memastikan keselamatan pelanggan seperti pengesahan sebelum urus niaga, pengesahan e-mel, nombor telefon semasa pendaftaran.

Iklan

Baca juga 8 tip beli laptop terpakai pelajar universiti, lebih murah sesuai bajet

Baca juga 12 info terkini pengeluaran khas KWSP, bakal dibayar sekali gus

Dengan inisiatif ini, pelanggan kini boleh mendapatkan perkhidmatan pada pada bila-bila masa dan di mana-mana, menerusi telefon pintar sahaja.

Untuk memuat-turun aplikasi, boleh didapati secara percuma menerusi kedai gedung aplikasi Google dan Apple AppStore bermula hari ini.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI