“Kami masih tak percaya bakal menjadi ibu dan ayah” – Uyaina hamil cahaya mata sulung

Iklan
UYAINA ARSHAD

PELAKON dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi berita gembira bakal bergelar ibu apabila kini sedang hamil cahaya mata sulung.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang ALLAH kurniakan untuk Syahiran dan Uyaina.

"Insyaa-ALLAH tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah. We are pregnant. Syukur pada-Mu Ya ALLAH.

Iklan

"Honestly, kami masih tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can’t wait to see you our little one,” ujarnya teruja.

Pengacara Wanita Hari Ini itu juga memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan.

Iklan

"Kami mohon doa daripada kalian semua untuk kesejahteraan adn keselamatan Uyaina dan baby sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan nanti.

"Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Uyaina menyifatkan Ramadan kali ini begitu bermakna buat dirinya dana suami, Raja Syahiran kerana buat pertama kali menyambutanya sebagai pasangan suami isteri.

"Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa.

"Semoga kita semua memperoleh keberkatan dalam bulan mulia ini,” katanya.

Pasangan ini melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu.