'Evie Khadeeja...' - Harris, Intan kongsi wajah & nama anak

Iklan
INTAN-HARRIS

SELEPAS dua bulan bergelar ibu bapa, pasangan romantis, Harris Alif dan Intan Ladyana akhirnya berkongsi wajah buah hati mereka buat pertama kali.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengambil berkat 1 Ramadan untuk memperkenalkan puteri sulung mereka kepada umum.

Iklan
Iklan

"Salam Ramadan dari kami, Harris, Intan dan ‘baby’ Evie Khadeeja,” kongsi kedua-duanya menerusi Instagram masing-masing pada Ahad.

Hantaran itu turut disertakan dengan gambar mereka bertiga mengenakan persalinan serba putih, dan wajah Evie Khadeeja yang dilahirkan pada 31 Januari lalu.

Iklan

Rata-rata pengikut Harris dan Intan termasuk rakan selebriti tidak putus-putus memuji kecomelan anak pasangan ini.

"Terima kasih atas doa-doa yang baik untuk Khadeeja. Moga ALLAH SWT perkenankan doa-doa anda dan balas yang sama untuk semua,” tulis Harris ringkas.

Iklan

Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2020 selepas setahun menjalin perhubungan serius.

Percintaan mereka menjadi perhatian ramai berikutan perbezaan usia dengan jarak 17 tahun memandangkan ketika berkahwin ketika Haris baru mencecah usia 21 tahun.