Tragedi 2 Ramadan, kemalangan ragut nyawa 4 juruteknik, berikut kronologi kejadian

Iklan
tipsmemotong

KENDERAAN di hadapan terlalu perlahan atau kesuntukan masa adalah antara punca kebanyakan daripada kita memotong.

Walaupun ia boleh dilakukan, memotong kenderaan di hadapan boleh membawa kepada kemalangan sekiranya tidak dilakukan dengan berhati-hati.

Iklan
Iklan

Paling penting, jika teragak-agak semasa memotong, tunggu sehingga anda yakin selamat.

Iklan

Baca juga: 6 tip penunggang motosikal semasa hujan elak kemalangan

Selain itu, ikuti panduan yang dikongsikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tentang cara memotong kenderaan hadapan dengan betul;

Iklan

Menurut JPJ, sebelum anda, tiga perkara penting berikut dipastikan:

1. Mengetahui kelajuan dan keupayaan kenderaan sendiri.

2. Boleh menilai kelajuan kenderaan yang hendak dipotong dan juga trafik yang datang dari arah bertentangan.

3. Sentiasa memotong dari sebelah kanan.

Selain itu, 12 langkah ini perlu dilakukan semasa memotong.

1. Tanyakan pada diri adakah perlu memotong

2. Tunggu

3. Perhatikan di hadapan

4. Perhatikan di belakang

5. Beri isyarat ke kanan

6. Bergerak ke kanan

7. Lajukan kenderaan

8. Tekan hon

9. Beri isyarat ke kiri

10. Bergerak ke kiri

11. Matikan isyarat

12. Kembali kepada kelajuan asal

Baru-baru ini satu kemalangan yang membabitkan empat orang juruteknik maut apabila van yang mereka naiki gagal memotong kenderaan di hadapan sebelum bertembung dengan kenderaan berat dari arah bertentangan.

Berikut ialah kronologi kemalangan:

1. Empat juruteknik syarikat swasta maut berkenaan van dalam perjalanan dari Setiu ke Kuala Terengganu.

2. Lapor Bernama, mangsa yang maut adalah Syed Mohd Shukri Tuan Yahya, 36; Muhammad Saufi Jusoh, 34; Mohd Shahlan, 37, dan pemandu van yang masih belum dikenal pasti identitinya.

3. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata kemalangan di Kampung Sungai Ikan pada 6.22 petang itu turut melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan Proton Persona dari arah yang sama, serta sebuah bas ekspres dari arah Temerloh, Pahang menuju ke Jerteh.

4. Azmi berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila van tersebut gagal memotong kereta Proton Wira sebelum bertembung dengan bas ekspres dari arah bertentangan.

[caption id="attachment_77670" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]

5. Ekoran perlanggaran itu kereta Proton Wira berkenaan merempuh kereta Proton Persona yang berada di laluan sama.

6. Ketika Bomba tiba di tempat kejadian  seorang mangsa yang menaiki van telah dikeluarkan orang awam manakala tiga lagi mangsa yang maut masih berada di dalam van tersebut.

7. Kejadian itu turut menyebabkan pemandu Proton Wira dan penumpang Proton Persona mengalami kecederaan, manakala 13 penumpang bas ekspres termasuk pemandu, serta pemandu Proton Persona tidak mengalami sebarang kecederaan.

8. Seramai 18 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dan BBP Kuala Terengganu bersama tiga jentera terlibat dalam operasi mengeluarkan mangsa.

9. Beliau berkata keseluruhan operasi selesai sepenuhnya pada 9.20 malam tadi dan keempat-empat mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat kita semua agar lebih berhati-hati ketika memotong kenderaan di jalan raya. Usah ditambah lagi pusara di lebuh raya kerana nyawa setiap daripada kita amat berharga. Salam takziah buat keluarga mangsa yang maut.

Baca juga: Berhadapan pembuli jalan raya, ini apa yang anda perlu lakukan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI