Asam rebus ikan bersama nenas cukup rasa, sedap buat sahur

Iklan
Asam rebus ikan bersama nenas cukup rasa, sedap buat sahur

PEJAM celik, pejam celik dah hampir seminggu kita berpuasa.

Dilema yang sering dihadapi pastinya menu bersahur. Mungkin ada yang gemar menu yang 'fresh' iaitu masakan baharu untuk bersahur. Ada juga yang gemar memanaskan semula lebihan juadah waktu berbuka.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Iklan

Bagi yang tercari-cari menu untuk bersahur, boleh cuba asam rebus ikan bersama nenas ini, ringkas serta mudah disediakan.

Iklan

Makan bersama nasi panas, pastinya tak toleh kiri kanan!

Bahan-bahannya;

Sesuai untuk lima ekor ikan, jika lebih ikan bleh gandakan bahan.

  • 3 biji lada merah besar
  • 4 biji lada merah kecil
  • 1 labu sedang bawang besar
  • 1 biji bwg putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Cuba juga Ayam Masak Kicap Kering enak dimakan bersama nasi panas

Bahan kisar;

  • 1 keping asam keping
  • Suku biji nenas dipotong kecil
  • Daun kesum
  • Garam, gula secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Masukkan semua bahan kisar dalam periuk, tambahkan air sebanyak mana yang kita suka dan masukkan garam, gula, asam keping serta nenas.

Cuba juga Kuetiau Kungfu juadah berbuka memang menggiurkan

2. Masak dengan api yang sedang sehingga kuah mendidih ganas. Cukupkan rasa.

3. Kemudian masukkan ikan dan daun kesum. Masak sehingga ikan masak sempurna. Siap untuk dihidangkan.

Selamat berpuasa dan bersahur! Semoga bermanfaat.

Sumber : As As See less

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI