PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengharumkan nama Malaysia dan nama beliau sendiri apabila tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time atau 100 penyanyi yang menerima augerah terbanyak.
Dalam senarai yang dikeluarkan oleh The Artist Museum itu, Siti berada di kedudukan ke-27 dengan jumlah anugerah yang dimenanginya sebanyak 329, sejak berkecimpung sebagai penyanyi bermula tahun 1995.
Iklan
Iklan
[caption id="attachment_77910" width="800"] Barisan artis yang tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musicians Of All-Time.[/caption]
Lebih membanggakan, figura berusia 43 tahun itu mengalahkan nama penyanyi antarabangsa lain seperti Justin Timberlake (28), Celion Dion (33), Alicia Keys (38) dan Christina Aguilera (44).
Iklan
Sebelum ini, penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu pernah beberapa kali menerima anugerah di peringkat antarabangsa seperti di MTV Asia, Voice of Asia dan Shanghai Music Festival.
Siti juga pernah tersenarai sebagai 100 individu paling berpengaruh dalam dunia digital di Asia dan tersenarai antara 500 Wanita Muslim Paling Berpengaruh sebanyak tiga kali.