Nak beri hadiah kepada mak ayah, kawan-kawan. Set hadiah eksklusif Signature Market X Lisa Surihani memang sesuai

Iklan
feature-lisa

LEBARAN kali ini nampaknya memang rancak. Masakan tidak, tiada lagi sekatan perjalanan dilaksanakan seperti dua tahun sudah.

Ini bermakna, kita boleh pulang beraya tanpa ada masalah.

Iklan
Iklan

Namun, tidak salah rasanya, kita buat surprise dengan mak ayah, adik beradik atau sanak-saudara di kampung dengan menghantar hadiah kepada mereka.

Keterujaan mendapat parcel daripada abang posmen memang tidak terkira gembiranya, kan?

Iklan

Kalau kalian tak tahu nak bagi kepada mereka, SinarPlus cadangkan kepada anda untuk menghantar set hadiah daripada Signature Market X Lisa Surihani.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Signature Market, Edwin Wang berkata, pihaknya baru-baru ini telah bekerjasama dengan Lisa Surihani dengan melancarkan set hadiah istimewa iaitu SURI Ramadan Platter untuk dinikmati oleh pengguna sepanjang bulan puasa.

Ujar Edwin, SURI Ramadan Platter merupakan hidangan snek perkongsian yang sempurna yang dihasilkan untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga.

"Disusun secara eksklusif dan dipilih oleh Lisa Surihani, set hadiah tersebut mengandungi pelbagai jenis snek Signature Market yang lazat dan sihat yang sesuai untuk kudapan bersama semasa bersahur mahupun sewaktu berbuka puasa.

Dalam pada itu, Lisa berkata, sepanjang menunaikan ibadah puasa, beliau teruja kerana dapat berkongsi dengan orang ramai set hadiah yang disusun dengan snek sihat yang boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja.

"Saya berharap pengguna dapat menikmati dan mendapat manfaat daripadanya, di samping memperoleh lebih banyak tenaga dan pemakanan yang baik pada bulan yang mulia ini,” kata aktres popular itu

Dengan harga RM109, SURI Ramadan Platter disediakan di dalam kotak hijau pekat dengan corak petak ringkas bagi melambangkan kemewahan dalam kesederhanaan.