BILA sebut sahaja juadah untuk bersahur, pasti menu yang mudah dan menyelerakan jadi pilihan.
Resipi masakan sotong biasanya hanya menggunakan bahan yang minima. Mudah dan ringkas!
Seperti juga sotong goreng lada bersama ubi kentang ini. Cubalah, pasti menjadi pembuka selera ahli keluarga.
Menu ini nampak simple tapi sedap, boleh buat bertambah makan tau.
Bahan-bahannya;
- 1/2 kilo sotong
- 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
- 1 inci halia ditumbuk
- 2 ulas bawang kecil ditumbuk
- 1 ulas bawang putih ditumbuk
- Ubi kentang dipotong kecil
- 1 biji bawang besar dihiris
- 6 biji cili padi dihiris
- 1 biji cili merah dihiris
- Sedikit serbuk kunyit
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula
Cuba juga Asam rebus ikan bersama nenas cukup rasa, sedap buat sahur
Cara-cara membuatnya;
1. Gaulkan sotong dengan bahan ditumbuk. Masukkan serbuk kunyit, seketul pati ayam serta garam dan gula. Ketepikan
2. Gorengkan ubi kentang dan ketepikan.
Cuba juga Ayam Masak Kicap Kering enak dimakan bersama nasi panas
3. Tumiskan sotong, masak sehingga air sotong kering kemudian masukkan air asam jawa, pati ayam seketul dan ubi kentang yang digoreng tadi.
4. Masak sehingga kuah menjadi pekat kemudian masukkan bawang besar yang dihiris, cili padi dan cili merah. Gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Siti Fatimah
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI