Kambing panggang dengan sensasi rempah terpilih, kulinari enak Warisan Bonda Mardhiyyah Hotel & Suites jadi tumpuan bulan Ramadan

Iklan
kambing panggang

SAJIAN kambing panggang memang sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Justeru, sempena iftar kali ini, penulis mencadangkan agar penggemar hidangan berkenaan ke Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

Iklan
Iklan

Bertemakan kulinari Warisan Bonda, kunjungan kalian memang bakal memuaskan hati.

Iklan

Apa yang dapat penulis simpulkan, Smoke Hickory Roasted Whole Lamb yang dimasak selama dua jam dan ditambah dengan sensasi rasa rempah, memang sedap tidak terkata.

Menurut Eksekutif Cef yang juga Timbalan Pengurus Mardhiyyah Hotel & Suites, Cef Mohd Shahril Abu Rahim, jika sebelum ini sajian Smoke and Grill menjadi tarikan terhangat, kali ini pihak hotel menyajikan lebih daripada itu.

Iklan

Baca juga Pilihan lokasi berbuka puasa, kambing panggang kayu pokok rambutan

"Konsep tahun ini memang lain daripada yang lain. Selain Smoke Hickory Roasted Whole Lamb, kami turut mengetengahkan makanan tradisi Melayu yang mungkin dapat mengimbau kembali nostalgia iftar bersama keluarga," katanya ketika ditemui pada sesi memperkenalkan Bufet Ramadan Warisan Bonda hotel itu baru-baru ini.

Selain Ayam Rempah Kuzi, Gulai Lemak Ikan Merah Belimbing Buluh, Rendang Daging Bonda, Udang Telur Asin dan Sotong Kam Heong, pelanggan juga mempunyai opsyen untuk merasai kelazatan masakan Asia Barat, Cina atau Jepun.

Jika ada bajet lebih, orang ramai boleh pertimbangkan pakej penginapan yang lengkap dengan set bersahur atau hamper biskut raya premium sebagai cenderahati untuk tersayang.

Bufet Ramadan Warisan Bonda

  • Alamat: Mardhiyyah Hotel & Suites, Lot P5.5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
  • Waktu: 7 petang hingga 10 malam
  • Tarikh: 4 April hingga 1 Mei 2022
  • Menu signatur: Smoke Hickory Roasted Whole Lamb
  • Harga: RM145 hingga RM200 (dewasa), RM110 (warga emas) dan RM90 (kanak-kanak enam tahun hingga 12 tahun)

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI