PENYANYI terkenal Ziana Zain berkongsi perkembangan terkini dirinya yang kini selamat menjalani rawatan penyakit gastrik bersama doktor pakar, Dr. Mustafa Mohammad Taher.
Ziana, 54, berkata, rawatan tersebut dilakukan berikutan sering mengalami masalah angin yang berpunca daripada saluran hati yang sudah longgar.
Iklan
Iklan
"Syukur alhamdullilah saya dah selamat menjalani rawatan untuk gastrik. Dr. Mustafa menjelaskan angin yang selalu menyerang saya rupanya berpunca daripada saluran ulu hati yang dah longgar. Jadi cecair gastrik senang masuk ke saluran itu,” katanya.
Perkongsian tersebut dilakukan penyanyi Syurga Di Hati Kita itu menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik video mengenai proses yang dilalui dalam rawatan itu.
"Alhamdulillah berkat daripada kepakaran Dr. Mustafa, saya dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa. Insya-ALLAH bebas daripada gastik dan tekanan darah tinggi saya kembali normal.
"Mungkin ramai yang berfikiran bahawa rawatan Bariatric ini hanya untuk penurunan berat badan. Sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolestrol dan diabetic juga.
"Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca daripada permasaalahan perut. Bagi saya, apa yang penting kita kena cegah sebelum parah,” katanya.
Artikel Berkaitan