SELEPAS beberapa hari di rawat di hospital akibat demam panas, anak perempuan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli disahkan dijangkiti penyakit Kawasaki.
Kawasaki merupakan keradangan saluran darah (vaskulitis) terutamanya melibatkan kanak-kanak bawah umur lima tahun.
Amyra menerusi Insta Story miliknya berkongsi keadaan Ayra Aryssa yang dipenuhi ruam merah kesan penyakit itu.
"Ya, ini kondisi anak saya sekarang. Jangkitan Kawasaki. Seluruh badan dia kena serangan. Kasihan dia,” ujarnya.
[caption id="attachment_78241" width="800"] Keadaan badan Aryssa akibat Kawasaki.[/caption]
Tambah pelakon Jangan Menangis Cinta itu, dia berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Aryssa.
"Saya baca semua mesej (DM) dan komen anda tapi tak berkesempatan nak balas. Maaf sangat. Semua dah reda nanti saya balas. Terima kasih yang mendoakan Aryssa,” katanya.
Sekadar info, tersebut pertama kali dikenal pasti dalam kalangan kanak-kanak di Jepun dan merupakan penyebab terutama penyakit jantung dalam kanak-kanak di negara-negara maju.
Penyakit Kawasaki biasanya menyebabkan demam berpanjangan dengan nodus limfa (kelenjar) yang membesar, kemerahan di mulut, tangan dan kaki, serta kadangkala dengan ruam.
Ia menyebabkan keradangan pada dinding salur darah, terutamanya arteri koronari yang membekalkan darah ke otot jantung.