Cinta Syria Malaysia sasar RM2.2 juta, bantu pelarian Syria sambut Ramadan

Iklan
CINTA Syria Malaysia

CINTA Syria Malaysia (CSM) terus aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan buat pelarian Syria menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.

Pada tahun ini, CSM menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2.2juta untuk Misi Ramadan CSM kesembilan bagi menyediakan peperluan asas yang paling kritikal ketika bulan Ramadan iaitu makanan.

Iklan
Iklan

Sepanjang 11 tahun krisis kemanusiaan di Syria, rakyatnya hilang sumber pendapatan dan asas keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal, malah keadaan menjadi lebih buruk lagi dengan penularan Covid-19.

Menurut UNCHR (kemaskini data pada 15 Mac 2021), 13.4 juta rakyat Syria memerlukan pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan dan 6.6 juta yang lain pula telah menjadi pelarian di seluruh dunia.

Iklan

Bagi yang ingin membantu ringankan beban mereka di bulan Ramadan ini, boleh layari pautan  www.ramadan4syria.com.

Dalam pada itu, 10 sukarelawan CSM yang menyertai misi di Turki dan Syria pada tahun ini turut disertai barisan selebriti tempatan yang terdiri daripada Noh Salleh, Faizal Tahir, Altimet dan Farah Lee bermula pada 7 sehingga 22 April.

Iklan